KOTA KINABALU, 28 Julai (Berrnama) -- Ahli sukan bina badan Azlisham Zakaria yang mewakili Kuala Lumpur dinobatkan sebagai Mr Malaysia 2007 pada Kejohanan Bina Badan Kebangsaan Ke-38 di sini malam tadi.
Azlisham yang turut menjuarai kategori Heavyweight pada pusingan akhir kejohanan berkenaan meraih gelaran itu setelah mengetepikan lapan peserta lain.
Sementara itu, pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula muncul juara keseluruhan apabila memungut 101 mata setelah mendapat lima pingat emas dan masing-masing satu perak dan gangsa, diikuti pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengutip 83 mata melalui pungutan satu emas, dua perak dan dua gangsa.
Sementara Kuala Lumpur yang mengutip 51 mata melalui dua pingat emas dan satu perak menduduki tempat ketiga dalam kejohanan lima hari anjuran bersama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Persatuan Bina Badan Amatur Sabah itu.
Lima pingat emas PDRM disumbangkan Tun Jahfar Abd Rahim dalam kategori Flyweight, Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah (Lightweight), Azahar Mahamad (Welterwight), Mohayan Rosmani (Middlewight) dan Othman Yahya (Lightheavyweight).
Pingat perak PDRM pula diperoleh Ismadi Riji melalui kategori Heavyweight manakala Wan Md Hazualdi Wan Hussin pula mendapat gangsa melalui kategori Bantamweight.
Pingat emas ATM pula diperoleh melalui Lendri Guntalib (Lightflyweight), pingat perak dikutip oleh Mohd Faizal Hassan dan Buda Ak Ancha masing-masing dalam kategori Flyweight dan Bantamweight manakala gangsa diperoleh melalui Suzaili Abd Rahman (Light Middleweight) dan Khairul Azwan (Middlewight).
Kuala Lumpur yang muncul tempat ketiga keseluruhan mengutip emas melalui Ahmad Ridzuan Said (Light Middleweight) dan Azlisham (Heavyweight) manakala Ubaidillah Abdul Latif mendapat perak dalam kategori Middleweight.
--BERNAMA
TRAIN to Improve Your PUSH UP Power
16 years ago